Isnin, 7 Disember 2009

Tahniah, Matlamat 500 kenderaan 4x4 telah dapat dicapai dan direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program "The BIGGEST 4x4 Gathering" yang telah direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records khususya kepada Kelab Redah 4x4, Kelab 4x4 dari Kluang dan Batu Pahat, dari Pahang dan Kota Tinggi, dari Utara dan juga pantai timur, dari Singapura, kenderaan badan berkanun dan juga kerajaan serta semua individu sekitar Johor dan Johor Bahru.

Memandangkan sambutan begitu menggalakkan dan diluar dugaan, ada dikalangan peserta yang tidak dapat mendaftar dan paling mengecewakan ada yang sudah mendaftar tetapi tidak dapat mengambil goodie bag, kerana goodie bag yang disediakan oleh pihak Sutera Mall tidak mencukupi dan terhad kepada 500 sahaja. Apapun, bagi mereka yang tidak dapat mengambil goodie bag pada hari tersebut anda boleh membuat pilihan samada ingin mendapatkan semula wang pendaftaran ataupun T-shirt rasmi perhimpunan yang mana kami akan courier ke lokasi anda dengan menghubungi saya di 012-336 5458 atau email ke jeepesa@yahoo.com.my dengan syarat anda mempunyai kad pendaftaran bagi penyemakkan rekod dan masih belum bertebuk.

Kami dari pihak urusetia dan juga Sutera Mall, memohon maaf diatas segala apa jua kekurangan dan juga kesulitan yang dihadapai oleh semua peserta ketika berlangsungnya program ini.

* Bagi sesiapa yang ingin membeli T-Shirt Rasmi Perhimpunan Terbesar juga boleh menghubungi saya.

Sekian- Mohammad Esa