Selasa, 23 November 2010

Rainforest Challenge 2010 - Johor

Kelab Rentas 4x4 sekali lagi diberi kepercayaan untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara Prologue SS  sempena berlangsungnya pelancaran Rainforest Challenge 2010 pada 4hb Disember 2010, bertempat di Sutera Mall Johor.

Acara yang akan diadakan ketika berlangsungnya acara prologue nanti ialah 4x4 Autoshow Contest.

Kategori :-
1. Classic 4X4 (1980 Below)
2. Extreme Modify 4X4
3. Standard Beauty 4X4

Yuran Penyertaan Sebanyak RM 50.00 berserta T-Shirt Penyertaan (Edisi Terhad), Sijil Penyertaan & Goodie Bag.

Maklumat lanjut boleh hubungi Urusetia Mohd Esa - 012-336 5458 & Tn. Presiden : En Din : 013-7711897 serta mana AJK atau ahli Rentas yang berdekatan.

Kaunter Pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.

Semua peminat-peminat Sukan 4x4 seluruh Malaysia di jemput menyertai acara ini.

Rabu, 20 Oktober 2010

Aktiviti Rentas akan datang





Berita Terkini!!!

Aktiviti Gabungan Rentas, Jastra dan KRKPJB.

1. Family Day = 27 -28 November 2010
2. Konvoi JB-Hatyai-JB = 26 - 31 Disember 2010
3. Trans Borneo Kuching-Brunei-KK-Kuching = 7-12 mac 2011

Kepada ahli yang berminat boleh menghubungi Setiausaha atau AbdLah@Abdullah Awang , 0197770435

Isnin, 30 Ogos 2010

1 Malaysia XPDC Perdana

Pada 28hb Ogos, Kelab Rentas telah menyambut kedatangan konvoi Ekspedisi 1 Malaysia yang menjelajah ke semua negeri di semenanjung bermula dari 24hb Ogos dan berakhir 31hb Ogos di Dataran Merdeka, sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53

Sambutan bermula di Petronas Desa Cemerlang seterusnya ke Surau Kangkar Tebrau bagi menyampaikan sumbangan dan berakhir di Masjid Larkin yang di sambut Oleh YB Dato Sharir.

Khamis, 26 Ogos 2010

Kembara Amal Ramadhan 2010


Pada 21hb Ogos, Kelab Rentas telah menyertai konvoi Kembara Amal Ramadhan yang telah di anjurkan oleh Yayasan Warisan Johor. Daerah Yang terlibat ialah, Pontian, Batu Pahat & Kluang.






Khamis, 5 Ogos 2010

XPDC LANSKAP MALAYSIA 2010, TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN

Lanskap Malaysia, sebuah badan NGO peringkat nasional telah mengadakan XPDC di Taman Negeri Endau Rompin pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2010 dengan kerjasama Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor. Sebanyak 30 kenderaan 4x4 dari Rentas menyertai program ini. XPDC diserikan dengan kehadiran Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri serta MB Johor.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.

























Selasa, 20 Julai 2010

Senarai Jawatankuasa Terbaru 2010/2011

Berikut adalah senarai jawatankuasa tertinggi yang baru bagi sesi 2010/2011 hasil dari AGM ke 3 yang lepas :


Presiden : En Khairudin b Karim                          (013-7711897)
Naib Presiden : En Aminuddin b Ali                     (019-7502022)
Naib Presiden I : En. Syed Yasir b Ibrahim           ( 019-5117531)
Naib Presiden II : En Azmir b Ali                           ( 019-7541849)
Setiausaha : En Abdullah b Shohaimi                      (013-74485820)
Naib Setiausaha I : En. Muhd Affandy b Ismail      ( 019-7879194 )
Naib S/u II : En Abd Lah @ Abdullah b Awang    (019-7770435)
Bendahari : En. Mohd Nor b Abdullah                  ( 019-7559601)
Bendahari II : Hj Kamarulzaman b Abu Hassan     ( 019-7163675)

Ajk :

1. En Kahar b Sirin                    ( 019-7083190 )
2. En Hamid b Mohamad           ( 013-7250539 )
3. En Sham B Bahar                   ( 012-7300903 )
4. En Mohammad Esa b Ismail   ( 019-7895458 )
5. En Asmadi b Mat                   ( 019-7119777 )
6. En Azizuddin b Adnan            ( 010-8238306 )
7. En Hairulzaman b Osman       ( 019-7726846 )
8. En Mohd Nawi b Wahab      ( 013-7588034 )
9. En Mahfuz b Sarkimin           ( 013-7660630)
10. En Shahrol  b Ali                 ( 019-7387638 )

Rabu, 19 Mei 2010

XPDC SG PERTANG - JUN 2010

Program yg dirancang berjalan seperti biasa dan menyediakan aksi2 yg mencabar minda dan perilaku peserta.

Program bersama K'dau Adventure, Green Outdoor ni berlangsung di Sg Pertang Lepar Utara telah berpecah kepada 2 kumpulan , Kump 1 masuk jam 5 ptg dan tiba di campsite 10 mlm. Kump 2, org keja makan gaji nih..kena tgu habis keja la dulu...kul 12 mlm dri R&R Temerloh menuju ke Jengka, dan mula offroad dalam jam 2.30 pg dan sampai di campsite jam 6.30 pagi sambil rehat2 je. Kump 2 ada 2 kenderaan je, kump 1ada 8 kenderaan...apapun selamat sampai di campsite dan memulakan beberapa agenda utama, iaitu, lepas mandi, mandi, dan mandi lagi seterusnya makan tghari dan lepas mandi lagi, ada jgak aktiviti hibernasi dan pergerakan secara rawak di mana mencari ikan di teruskan untuk mencari lauk mkn tghari dan mkn mlm...pergerakan terkawal dan tiada aktiviti liar berlaku...haiwan liar memang ada , tp tak jumpa, yg jumpa ikan liar yg berjaya dijinakkan.

Gambar-gambar sekitar aktivti, boleh juga melawat blog en khairul di greenoutdoor.blogspot.com.


Jalan masuk campsite Sg Pertang



Campsite



Hilux in action



Gambar ramai2...


BJ in action



Rehatkan minda...


Aktiviti memasak bermula


Turun bukit otw balik mencari pening di bandar.

Selasa, 20 April 2010

Keputusan Meeting AJK pada 23 april 2010

Berikut adalah keputusan daripada mesyuarat AJK pada 23 April 2010 :

Tempat : Rest. Ayob Setia Indah
Masa : 8.30 mlm

Tarikh : 23 April 2010, Jumaat.

Agenda :

1. Penetapan Mesyuarat Agong Tahunan Rentas
 - Mesyuarat agong ditetapkan pada 21 Mei 2010, hari Jumaat mlm Sabtu.
 - Jam 8.30 mlm.
 - Bertempat di Pejabat Presiden, Hj Kamarulzaman b Hasan, Bumipave , Taman Pelangi Indah.
 - semua ahli diminta hadir.

2. Penglibatan dlm Johor International Offroad Challenge, pada 1 dan 2 Mei 2010.
- seramai 25 ahli rentas akan terlibat sebagai officer dalam pertandingan tersebut.
- keputusan mesyuarat, AJK menetapkan untuk memberi sumbangan berupa 2 buah piala kepada penganjur dan tiada peruntukan kewangan disumbangkan.
- semua ahli diminta memberi sokongan kepada peserta dari Rentas 4x4.

3. Program dan aktiviti rasmi Rentas 4x4  ke Lepar, Pahang.
 - program ke Sg Pertang dan Gunung Ais akan diadakan pada 16 - 19 Jun 2010, sempena cuti sekolah.
 - program berbentuk Family Trip dan cadangan sejumlah RM30 sebagai yuran.
- ahli yang berminat sila dapatkan borang penyertaan daripada S/usaha - Abdullah Shohaimi a.k.a Cikgu. 013-7448582.

4. Lain -lain hal.
 - yuran mesti bayar kepada Bendahari - ingatan ikhlas daripada Asmadi Mat.
 - cadangan Jamboree Kelab pada Disember 2010. -Khairuddin Karim.
- Program JALUR GEMILANG 2010 - JELAJAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI JOHOR‏ telah dimaklumkan oleh Presiden, Hj Kamarul. 


akan update kan mengenai trip ke Pahang dan AGM Kelab ...ikuti perkembangan di masa akan datang.

Rabu, 10 Mac 2010

Saje nak menambah berita di blog kite nih, gambar-gambar sekitar Terengganu StarHill Challenge 2009, di Pengkalan Gawi Kenyir.

Terengganu Starhill Challenge 2009
Pengkalan Gawi, Kenyir
Terengganu.

Anjuran : Geduut 4x4 Team.






Semua SS berlangsung dlm keadaan hujan yg amat lebat, maklum le ...musim banjir.

Laluan dari Kuala Berang ke Kenyir juga banjir di 2 tempat sedalam 2-3 kaki menyebabkan jalanraya ditutup pada kenderaan kecil semasa pertandingan ni berlangsung.

Beberapa kg pun ditengelami air., semua SS berlangsung dlm keadaan hujan lebat yg menambahkan seri dan ngeri lagi bagi semua SS kepada peserta.

Hadiahnya ribu2 juga bg Juara kategori Open (bukan ahli Geduut 4x4 Team).