Isnin, 30 Ogos 2010

1 Malaysia XPDC Perdana

Pada 28hb Ogos, Kelab Rentas telah menyambut kedatangan konvoi Ekspedisi 1 Malaysia yang menjelajah ke semua negeri di semenanjung bermula dari 24hb Ogos dan berakhir 31hb Ogos di Dataran Merdeka, sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53

Sambutan bermula di Petronas Desa Cemerlang seterusnya ke Surau Kangkar Tebrau bagi menyampaikan sumbangan dan berakhir di Masjid Larkin yang di sambut Oleh YB Dato Sharir.

Khamis, 26 Ogos 2010

Kembara Amal Ramadhan 2010


Pada 21hb Ogos, Kelab Rentas telah menyertai konvoi Kembara Amal Ramadhan yang telah di anjurkan oleh Yayasan Warisan Johor. Daerah Yang terlibat ialah, Pontian, Batu Pahat & Kluang.






Khamis, 5 Ogos 2010

XPDC LANSKAP MALAYSIA 2010, TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN

Lanskap Malaysia, sebuah badan NGO peringkat nasional telah mengadakan XPDC di Taman Negeri Endau Rompin pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2010 dengan kerjasama Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor. Sebanyak 30 kenderaan 4x4 dari Rentas menyertai program ini. XPDC diserikan dengan kehadiran Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri serta MB Johor.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.