Selasa, 29 September 2009

AGM KELAB RENTAS KEMBARA 4X4 KALI KE 3 SESI 2009/2010





Pada 29hb July 2009 sekali lagi Kelab Rentas mencatatkan sejarah penubuhannya dengan mengadakan AGM Kali yang ke 3 bagi sesi 2009/2010. Majlis telah diadakan di Dewan Alumni UTM dan dirasmikan oleh Tunku Jalil wakil dari Majlis Raja-Raja Johor dan beliau juga adalah Penasihat Kelab Rentas.

Pada siang harinya, pelbagai pameran, jualan dan juga pertunjukkan 4x4 telah diadakan dan turut disertai oleh pelbagai pihak seperti Kelab Radio Kawalan Pelangi JB, Johor Flying Club, Outpost dan juga lain - lain.

Semua AJK telah dikekalkan seperti sesi yang ke 2 kerana mengikut perlembagaan kelab, pemilihan AJK adalah 2 tahun sekali. Tahniah kepada AJK Kelab bagi sesi 2009/2010. Semoga, dapat menjalankan tugas lebih saksama dan penuh kegembiraan membawa nama kelab ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

- Mohammad Esa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan