Berikut adalah keputusan daripada mesyuarat AJK pada 23 April 2010 :
Tempat : Rest. Ayob Setia Indah
Masa : 8.30 mlm
Tarikh : 23 April 2010, Jumaat.
Agenda :
1. Penetapan Mesyuarat Agong Tahunan Rentas
- Mesyuarat agong ditetapkan pada 21 Mei 2010, hari Jumaat mlm Sabtu.
- Jam 8.30 mlm.
- Bertempat di Pejabat Presiden, Hj Kamarulzaman b Hasan, Bumipave , Taman Pelangi Indah.
- semua ahli diminta hadir.
2. Penglibatan dlm Johor International Offroad Challenge, pada 1 dan 2 Mei 2010.
- seramai 25 ahli rentas akan terlibat sebagai officer dalam pertandingan tersebut.
- keputusan mesyuarat, AJK menetapkan untuk memberi sumbangan berupa 2 buah piala kepada penganjur dan tiada peruntukan kewangan disumbangkan.
- semua ahli diminta memberi sokongan kepada peserta dari Rentas 4x4.
3. Program dan aktiviti rasmi Rentas 4x4 ke Lepar, Pahang.
- program ke Sg Pertang dan Gunung Ais akan diadakan pada 16 - 19 Jun 2010, sempena cuti sekolah.
- program berbentuk Family Trip dan cadangan sejumlah RM30 sebagai yuran.
- ahli yang berminat sila dapatkan borang penyertaan daripada S/usaha - Abdullah Shohaimi a.k.a Cikgu. 013-7448582.
4. Lain -lain hal.
- yuran mesti bayar kepada Bendahari - ingatan ikhlas daripada Asmadi Mat.
- cadangan Jamboree Kelab pada Disember 2010. -Khairuddin Karim.
- Program JALUR GEMILANG 2010 - JELAJAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI JOHOR telah dimaklumkan oleh Presiden, Hj Kamarul.
akan update kan mengenai trip ke Pahang dan AGM Kelab ...ikuti perkembangan di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan